Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,marilah kita merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt dengan segala ni'mat yang kita kecapi pada hari. ni'mat kesihatan, ni'mat makanan,ni'mat waktu lapang dan yang utama, semestinya ni'mat iman.tanpa ni'mat iman,mana mungkin kita dapat merasai manisnya iman..halawatuliman...manisnya iman, manis dari gula..moga Allag bagi peluang pada kita nak rasa ni'mat semanis-manis iman...insyaAllah..

alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berpeluang bersama dan mendekati peserta Jati Diri dan Kesukarelawan (JDK) bertempat di ILIM Besut..seronok adik-adik dapat meluangkan masa selepas SPM dengan program yang dianjurkan oleh Haluan.semoga JDK dapat melahirkan adik-adik peserta yang mempunyai nilai jatidiri yang tinggi..insyaAllah..kalau dilihat modul-modul sepanjang JDK, tidak kurang hebatnya, ada modul kemasyarakatan, modul haluanita, modul riadhah dan lain-lain..tahniah buat adik-adik peserta yang telah memilih untuk menjadi peserta JDK, selama 3 minggu di Besut...pastinya xrugi kan?

berukhwah
alhamdulillah, sepanjang saya disana saya dapat mengenali makcik-makcik haluanita dari kelantan,pahang dan juga terengganu.makcik-makcik datang untuk menjayakan beberapa slot untuk modul haluanita..jangan tak percaya, makcik-makcik datang, ada yang drive sendiri. hebat sungguh semangat makcik-makcik ni.tambah lagi, ada yang datang kemudian terus balik, sebabnya tak dapat cuti.apa yang buat saya kagum, semangat makcik-makcik nak hidupkan suasana modul dan memikul amanah sebagai fasi untuk modul haluanita, kalau nak ikutkan JDK sendiri ada fc, tapi makcik-makcik datang juga...tahniah makcik-makcik!!

selain dari semangat, makcik-makcik haluanita ni ada banyak pengalaman. pengalaman dari pelbagai sudut.makcik-makcik yang datang, bukan sekadar makcik tapi telah melahirkan ramai dai-dai muda insyaAllah. bila dengar mck bercerita bagaimana mendidik anak-anak sehingga ke tahap sekarang.saya betul-betul kagum..sentuhan tarbiah @ didikan mck kepada anak-anak jauh berbeza dengan masyarakat biasa..dari kecil lagi mck tarbiah anak-anak kenal Allah, kenal rasulullah.

paling senang saya buat beri contoh. kalau nak menulis atau buat ayat, seorang ibu biasannya akan tulis "saya sayang ibu saya", tapi berlainan dengan mck, dalam tarbiah anak-anak, mck tulis "saya sayang Allah"....nampak tak?bezakan...sejak kecil lagi kenal terap rasa sayang dan cinta kepada Allah...dan ada lagi contoh-contoh lain, kene cedok ilmu dengan mck nie...persiapan =)..lahir dr sudut hati saya, besar sungguh peranan ummi wa abi dalam mentarbiah anak-anak mengenal rabbnya...

tak kurang juga dapat berta'ruf dan berkenalan dengan shbh2 dari maktab terengganu dan juga UNISZA..tak sangka dapat jumpa su kat kg lay out =)...sesungguhnya, banyak kali jumpa rasa macam pertama kali jumpa, ada sahaja perkara nak di perkatakan..hebat betul ukhwah fillah nie..

alhamdulillah, saya juga sempat mendengar ceramah dari bro Azman yang merupakan wakil haluan palestine ke gaza melalui misi LL4G..
ceramah adalah berkaitan pengalaman beliau disana..
insyaAllah saya akan kongsikan pada post yang akan datang,
moga Allah beri kelapangan pada saya,insyaAllah..

insyaAllah esok adalah hari terakhir JDK..JDK 2010 akan melabuhkan tirainya...semoga usaha para urusetia,fasilitator di semua zon JDK 2010 akan mendapat nilai yang tinggi di sisi Allah swt...insyaAllah

http://halawatuliman05.blogspot.com/2011/01/perkongsianjdk-2010.html

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online

Who's Online

We have 3 guests and no members online