RocketTheme

 



Latar Belakang  

Terdapat sekitar 470 ribu orang pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2015. Di kalangan pelajar tersebut ada yang akan mengikuti latihan PLKN dan ada di antara mereka yang bekerja. Sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah dan memungkinkan mereka terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang negatif.

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jati diri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh itu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan kerjasamaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) akan melaksanakan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja. Kursus ini adalah sangat relevan dan mampu menyumbang untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut.

 

Objektif  

  • Menyediakan program-program yang memberikan penekanan aspek pembentukan jati diri dan kesukarelawanan kepada pelajar lepasan SPM.
  • Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.
  • Membina kemahiran pengurusan diri.
  • Melahirkan individu yang sayang dan sanggup berbakti kepada masyarakat.
  • Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.

 

Sasaran Peserta  

Kursus ini terbuka kepada semua lepasan SPM 2015 diseluruh negara

 

Kandungan Kursus  

  • Modul Anjakan Paradigma
  • Modul Kemahiran Insan dan Profesional
  • Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
  • Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
  • Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
  • Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi

 

Tarikh  

12 Disember sehingga 31 Disember 2015 (20hari)

 

Tempat  

  • Zon Selatan
  • Zon Tengah
  • Zon Timur
  • Zon Utara

 

Yuran  

RM550 sahaja untuk 20 hari

 

Modul Menarik

JDK menawarkan 6 modul utama:

Maklumat Lanjut

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online