Jan 14 2012

jdk-timurBESUT, 14 Januari - Kursus JatiDiri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) Zon Timur telah melabuhkan tirainya usai sahaja Majlis Penutupan Perasmian yang telah disempurnakan oleh Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur, Ustaz Mokhtar bin A Rahman di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur.

 

Kesemua peserta JDK Zon Timur telah berjaya menghabiskan JDK pada kali ini selama 22 hari dengan pelbagai pengalaman yang baru mereka dapat sepanjang program ini.

Di akhir ucapannya, beliau telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap para peserta JDK supaya mereka akan keluar menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

"Sekiranya kita mengharapkan kebahagian setahun, maka tanamlah benih yang boleh memberi hasil setahun, sekiranya kita mengharapkan kebahagian 10 tahun, maka tanamlah pokok yang boleh memberi hasil selama 10 tahun, sekiranya kita mengharapkan kebahagiaan satu abad, maka didiklah manusia," katanya semasa merasmikan penutupan JDK Zon Timur.

Oleh Muhammad Suhaib Mohd Shapiee

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online

Who's Online

We have 5 guests and no members online