Nov 28 2012

HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) akan menganjurkan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) untuk tahun yang ke-5 terbuka kepada pelajar-pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 bertujuan utk membangun modal insan seimbang dan pembentukan jati diri yang utuh.

Sebanyak 7 Modul yang disediakan sepanjang Kursus JDK ini iaitu :

• Modul Anjakan Paradigma
• Modul Kemahiran Insan dan Profesional
• Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
• Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
• Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
• Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
• Modul Kolej Teknologi Darulnaim


Program ini akan di adakan serentak mengikut zon iaitu:

  • Zon Tengah - Selangor
  • Zon Timur - Kelantan
  • Zon Utara - Perlis
  • Zon Selatan - Johor

Kursus ini akan bermula pada 13hb hingga 31hb Disember 2014 iaitu selama 29 hari sahaja.

Anda boleh membuat permohonan online di website rasmi JDK : http://jdk.haluan.org.my

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online

Who's Online

We have 10 guests and no members online