Nov 05 2015

BANDAR BARU BANGI, 20 Okt 2015 - Buat semua lepasan SPM 2015, mari manfaatkan cuti panjang kita nanti dengan persiapan diri memasuki IPT. Jom join Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2015 (JDK 2015) yang akan berlangsung pada 12 hingga 31 Disember 2015 bertempat di seluruh Malaysia. Kursus yang amat bermanfaat untuk lepasan SPM ini adalah kali ke-8 dan peserta yang lewat mendaftar selalunya terlepas peluang. Tempat memang terhad, first-come first-served.

HALUAN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) akan melaksanakan kursus tersebut di empat zon serentak; Utara, Timur, Selatan dan Wilayah Tengah. Pilih saja lokasi kegemaran kamu.

Dengan yuran siap disubsidikan hanya RM550 sahaja sejak tahun 2010, program khas selama 20 hari ini bakal menyajikan pelbagai pendedahan, latihan praktikal, cerna minda dan perkongsian menarik buat para peserta sebagai persediaan mereka melangkah masuk ke alam IPT dan seterusnya alam kerjaya. Antara modul-modul yang ditawarkan ialah modul anjakan paradigma, modul kemahiran insan dan profesional, modul kepimpinan masyarakat, modul asas rumahtangga muslim dan lain-lain lagi.

Peserta akan didedahkan kepada banyak perkara asas keperluan survival kampus termasuk memasak ala bujang, menjahit seluar koyak, survival dalam hutan, memandikan jenazah, memperbaiki bacaan Quran dan solat, peer support kepada rakan-rakan, cara control bajet dalam kampus, cari duit lebih, cara ambil nota di kampus, kaedah ulangkaji dan skor tinggi, bersukan secara Islamik, merancang masa dan pelbagai lagi rahsia menarik yang hanya peserta akan menikmati. Cakap siang-siang – tak peserta takkan tahu.

Bagi menjadikan JDK 2015 mencabar dan memberi pengalaman yang hebat, peserta turut akan disajikan dengan pelbagai aktiviti outdoor dan mencabar minda seperti yang terkandung dalam modul fizikal dan rekreasi, modul khidmat masyarakat dan banyak lagi. Peserta akan dibawa bermalam berkhemahkan awan bintang dan belajar dedaun yang boleh dan tidak boleh dimamah untuk hidup. Nyamannya udara rimba. Saspen dan best sangat! Abang kakak jurulatih baik-baik dan soleh. Jom cari qiblat dalam hutan.

Menarikkan?? Jadi, tunggu apa lagi, daftarlah segera di web JDK 2015 (jdk.haluan.org.my). Anda boleh juga mendapatkan maklumat lanjut dengan melawat laman sesawang kursus, memuat-turun pamphlet program di bawah atau menghubungi nombor yang tertera untuk penjelasan lanjut. Kami selitkan juga rakaman video sesi-sesi JDK yang lepas untuk tatapan anda. Dengar apa peserta kata di akhir kursus mereka. Ada yang tidak mahu pulang ke rumah!

Jangan lengah adik-adik semua. Siapa lambat, melepas. Daftar segera!

---
Laporan oleh Anaqi Ahmad Salleh

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online

Who's Online

We have 11 guests and no members online