Testimoni

Image

Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil
19 Tahun
Kem Batu Ampar Resort, Perak. JDK 10/11.
Kolej Universiti Darul Quran
Diploma Tahfiz & Dakwah

"Kursus Jatidiri ini banyak membentuk personaliti diri saya kearah yang lebih baik, menyediakan kelengkapan untuk kita menempuh cabaran dialam IPT dan kerjaya. Disampingitu, ia juga banyak mendedahkan bagaimana cara berinteraksi yang berkesan kepada non-muslim sekaligus mempamerkan akhlak islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah. Akhir kata, JDK banyak memberi impak kepada diri saya dalam rangka untuk membentuk diri sebagai remaja yang beracuankan acuan islam."


Image

Aliah bt ABdullah Sani
18 tahun
Ilim Besut , JDK 2010/11
Universiti Sultan Zainal Abidin
Pengajian Islam Usuluddin

"Kem JDK ini adalh kem yg membentuk persefahaman dan ukhuwwah fillah antara peserta dan urusetia. kem ini juga banyak mengajar kami mengenai persiapan yg perlu kami lakukan semasa berada di alam IPT dan ianya benar2 memberi kesan dan yg pastinya kem JDK merupakan kem yg terbaikk dan wajib untuk dihadiri. jgn sekadar mendengar sahaja tentang kem ini,kalian hadirkanlah diri kalian untuk merasai betapa manisnya dan berharganya input2 yang diberikan disana nanti . JDK terbaikkk ! wallahu'alam."


Umar Hanif bin Jamalludin
18 tahun
ILIM, Bangi..JDK 2010/2011
Kolej Teknologi Darulnaim
Diploma Pengurusan Teknologi

“Sepanjang saya berada di kursus Jatidiri ini, Saya didedahkan untuk mempersiapkan diri untuk menjadi hamba Ilahi yang taat disamping terpanggil untuk mengajak masyarakat secara umumnya untuk merasainya bersama”


Muhammad 'Ammar Bin Abu Kassim
18 tahun
Kem Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar, Perak. JDK 2010/2011
Darulnaim College of Technology
Diploma Computer Science (Multimedia)

"Alhamdulillah, JDK benar-benar mengajar saya bagaimana bersosial dan bermasyarakat dalam konteks Islam yang sebenar. Sekaligus meningkatkan lagi keyakinan diri saya untuk berdepan dengan masyarakat kini.”


Tasnim binti Mohd Taib
18 tahun
ILIM, Bangi JDK 2010/2011
Universiti Malaysia Sarawak
Asasi Sains Hayat

"JDK provides activities in helping to build yourself into a muslim or a muslimah with all the qualities and excellence needed by the ummah. Together we will help to bring the glory of Islam back and make history. InshaAllah"


Muhammad Ikhwan b. Mohd Nasri
18 tahun
Kem Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar, Perak. JDK 2010/2011
Darulnaim College of Technology
Diploma in Accountancy

"JDK menyediakan set-set Modul pada saya cukup lengkap bagi meningkatkan peribadi seseorang yang biasa menjadi luarbiasa. Muslim yang biasa menjadi Mukmin yang luarbiasa, InsyaAllah. Banyak perkara yang didedahkan melalui modul-modul ini hatta mampu membina Jati diri yang utuh, bersiap untuk panggilan kesukarelawanan.Pengalaman yang ditimba di sana tidak mampu digambarkan dengan kata-kata."

Tempat Adalah Terhad!

Program ini akan dibuat secara serentak pada tarikh yang sama di 4 lokasi yang berbeza. Bilangan peserta bagi setiap zon terhad seramai 100 orang sahaja.

Daftar Secara Online